KUALA LUMPUR: Bayi lelaki dan perempuan yang lahir pada 2022 secara purata dijangka hidup selama 73.4 tahun iaitu sedikit menurun berbanding 74.5 tahun bagi bayi yang lahir tahun lepas, menurut statistik Jangkaan Hayat Malaysia 2022 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan hari ini.
Menurut jabatan itu, statistik jangkaan hayat di negara ini mencatatkan penurunan sejak 2020 adalah disumbangkan oleh faktor peningkatan lebihan kematian semasa pandemik COVID-19.
Berdasarkan statistik berkenaan golongan perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki dengan perbezaan jangkaan hayat 4.5 tahun pada 2022.
"Bayi lelaki yang lahir pada 2020 secara purata dijangka hidup sehingga 72.5 tahun; 72.3 tahun (2021) dan 71.3 tahun bagi yang lahir pada 2022, manakala bayi perempuan yang lahir pada 2020 dijangka hidup sehingga 77.2 tahun; 77 tahun (2021) dan 75.8 tahun (2022)," menurut jabatan itu.
Sementara itu, data turut merekodkan lelaki dan perempuan yang mencapai usia 15 tahun pada tahun ini, masing-masing dijangka hidup sehingga 56.9 tahun dan 61.3 tahun lagi.
Bagi lelaki dan perempuan berumur 60 tahun pada 2022 masing-masing dijangka hidup selama 17.5 dan 20.1 tahun lagi iaitu sehingga usia mereka sekitar 77.5 tahun (lelaki) dan 80.1 tahun (perempuan).
"Lelaki dan perempuan berumur 65 tahun pada 2022 masing-masing dijangka hidup selama 14.2 tahun dan 16.4 tahun lagi. Ini bermakna mereka dijangka hidup sehingga berusia 79.2 tahun bagi lelaki dan perempuan, 81.4 tahun," menurut Jabatan Perangkaan.
Jabatan itu memaklumkan, etnik Cina mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi dengan lelaki, 73.5 tahun dan perempuan, 79.4 tahun.
Enam negeri mencatatkan jangkaan hayat melebihi paras nasional (73.4 tahun) adalah Selangor dengan 75.2 tahun, Wilayah Persekutuan Putrajaya (74.5 tahun), Wilayah Persekutuan Labuan (74.5 tahun), Sarawak (74.3 tahun), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (74.0 tahun) dan Sabah (73.5 tahun) pada 2022.
Selangor mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi 2020 hingga 2022, manakala Terengganu mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah pada 2020 dan 2021, sementara Kedah mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir terendah tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
Statistik jangkaan hayat di negara ini mencatatkan penurunan sejak 2020 adalah disumbangkan oleh faktor peningkatan lebihan kematian semasa pandemik COVID-19. - Bernama
GPS kemuka cadangan tambahan 4 kerusi DUN baharu Sarawak kepada SPR
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk penambahan empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
Status Kelantan FC sertai Liga A1 diketahui esok
Status penyertaan Kelantan FC dalam saingan semi-pro Liga A1 2024 yang merupakan nafas baharu kepada saingan Liga M3 bermula Jun depan akan diketahui esok.
GPS harap PM pertimbang wakil Sarawak Speaker Dewan Negara
GPS berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertimbangkan wakil dari Sarawak bagi mengisi kekosongan jawatan Yang Dipertua Dewan Negara susulan kematian Datuk Mutang Tagal.
Pantau Agenda Reformasi: Pasca Kuala Kubu Baharu Memilih
Penyerang bersenjata lepas tembakan di sebuah kedai di Mexico, 8 terbunuh
Penyerang bersenjata telah melepaskan tembakan di sebuah kedai di perbandaran Huitzilac, di negeri Morelos, tengah Mexico, mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
Mohd Syahrul Ishak dilantik CEO Al Rajhi Bank
Al Rajhi banking & Investment Corporation (Malaysia) Bhd melantik Mohd Syahrul Ishak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa hari ini.
Pemulihan sektor pembuatan kekal kukuh
Pemulihan dalam pembuatan dijangka kekal utuh walaupun Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia perlahan iaitu 2.4 peratus pada mac berbanding 3.1 peratus pada Februari.
Vaksin: Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus pada suku pertama
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (YOY), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
Haji: Jemaah Malaysia diingat jaga nama baik negara, patuh peraturan baharu Saudi
Roslan berkata, dikenakan penalti dan pengusiran itu adalah selaras dengan peraturan baharu untuk musim haji tahun ini.
Fasa pertama bantuan 100 kontena ke Gaza bermula hari ini
Fasa pertama melibatkan 10 kontena yang dijadual dilancarkan pada jam 3 petang waktu tempatan ke pintu sempadan Rafah sebelum memasuki Gaza.
Kerajaan Madani berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata Kerajaan Madani memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
LIAM gesa rakyat Malaysia dapatkan perlindungan insurans
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) menggesa rakyat Malaysia untuk mendapatkan perlindungan insurans hayat berikutan trend pembayaran tuntutan yang meningkat sejak dua tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.